Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Memaparkan catatan dengan label amah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amah. Papar semua catatan

Selasa, 11 Jun 2013

on Meh Komen Sket

Wati : Nasib Amah bersama Ah Leong

Nasib Amah

Setelah beberapa hari di tengah lautan yang bergelora, akhirnya aku sampai di sebuah pantai di Malaysia. Ketibaan aku disambut oleh beberapa orang yang sedia menunggu. Aku dan ramai lagi pendatang di arahkan untuk menaiki beberapa buah van. Aku tidak tahu ke mana kami semua akan dihantar kerana malam begitu gelap.

Apa yang aku tahu kini aku dan mereka yang bersama denganku berada didalam sebuah bilik yang agak besar. Kami diberi makan dan minum. Setelah malam aku telah diarah untuk mengikuti seorang Cina. Di dalam kereta, sudah menunggu seorang nyonya dan dua orang anak kecil. Sebelum aku dibawa pergi, aku disuruh menukar pakaian seperti orang tempatan. Aku disuruh duduk di belakang dengan dua anak kecil dan seorang lelaki remaja.

Aku kira perjalanan kami memakan masa hampir empat jam sebelum sampai di rumah keluarga tersebut yang terletak di sebuah taman perumahan yang aku tidak lagi pasti di mana. Rumah tersebut adalah rumah teres tiga bilik. Aku disuruh tinggal sebilik dengan kedua anak-anak kecil bersebelahan dengan bilik utama.

Dikuasakan oleh Blogger.